Ahad, November 29, 2009

malam sabtu minggu depan yang suram.

mood nur kasih ada lagi sikit. cerita melayu terbaik bagi aku. dalam banyak-banyak watak, watak sarah paling sempoi. jahat semacam.

ah, lim kit siang punya jahat lagi aku benci. benci kuasa infiniti. kalau dia lalu depan aku, aku tahan kaki. lepas tu aku pijak.

metallica - fight fire with fire

Isnin, November 23, 2009

nur kasih punya cerita

macam biasa hari jumaat aku tamat dengan menonton nur kasih. tapi feel dia dah lain macam sikit sekarang ni. dah tak best. dah tak saspen. rasa macam tengok cerita profesor abdul razak mohaideen di malam raya. semua jalan cerita dah boleh agak.

siapa la pandai-pandai pergi upload sinopsis cerita tu. minggu depan episod akhir. adam nanti jumpa nur di stesen kereta api.

amacam?

epica - never enough

Selasa, November 03, 2009

aku harap menchester unaited kalah malam ni.

aku dah mula neves nak merapu balik ni. macam budak baru lepas bersunat yang diajak main bola. kena fikir banyak kali.

lepas habis periksa ni, aku ingat nak pi menenangkan fikiran di korea selatan. bukan apa, budak jaket hijau di bawah ni jemput. tak manis pula kalau aku tolak banyak-banyak kali. lagi pun aku dah lama teringin nak naik kapal terbang yang ada muka pemain-pemain mencester unaited tu.



iron maiden - women in uniform

Selasa, Oktober 06, 2009

hidup umpama roda. kadang-kadang di atas, kadang-kadang di bawah. tadi roda aku di bawah.

aku dah kacak berbaju melayu warna ungu. lebih kacak daripada biasa. gaya dah macam eman manan dalam cerita pendekar kundur. macam pengantin pun ada. bau pulak macam pak arab jual minyak wangi. sampin saja tak sarung. kalau ada pun aku tak pakai jugak. mana ada orang pakai sampin dengan seluar jeans?

masa tengah buka mangga tembaga cap tri-circle di kuda, hati berbunga-bunga nak makan sate rumah terbuka. percuma. kalau kena bayar, bukan rumah terbuka namanya. "aku nak rasa semua makanan malam ni..!" hati aku berbisik. buas. tamak.

anak kunci baru nak masuk dalam mangga. setitik. basah. dua titik. basah lagi. berjuta-juta air hujan turun. kalau tadah, mungkin dah dapat tiga atau empat kolam renang saiz olimpik.

"weh, malam ni kita nak makan di kedai mana..?" aku tanya kawan aku, sayu sambil layan tv.

sil khannaz - santapan terakhir raja bersiong

Jumaat, Oktober 02, 2009

memanjat supermarket secara indie

satu petang sekitar tahun 1998 masa tu rumah aku di kulim, dua orang kawan aku yang paling senior masa tu, nizam dengan azrul ajak aku ke supermarket. supermarket yang paling maju masa tu looking good. tapi 3-4 tahun lepas tu dia tukar jadi the store. pemegang status bangunan paling tinggi di kulim sampai sekarang. memang fikir banyak kali nak pergi atau tak. sebab kalau terjumpa dengan abah aku, bolehla aku merasa lauk penyangkut baju malam nanti. tengah fikir-fikir tu, nizam cucuk lagi, "aku nak pi tengok mainan.." tak fikir dah, aku balas "jom.." abah ke mana, rotan ke mana.

walaupun tak ada duit, dia punya rasa girang lain macam sikit. selalu kalau ke supermarket mesti dengan mak abah. kali ni terasa macam besar sikit. merayau dengan member-member. poket masa tu penuh dengan kad tepuk. alaa.. kad yang ada gambar ultraman tu. masa tu main kad tepuk paling top. mana ada macam budak-budak sekarang. asyik ralit main dota, main counter strike. darjah satu pun dah pandai melepak cyber cafe. tak shuffle langsung, asyik berkawan dengan komputer. macamana nak maju?

masa kami sibuk tengok-tengok mainan tu, ada sorang kakak ni pegang aku. ingatkan nak berkenalan ka apa. rupanya dia pekerja supermarket, nak tengok apa benda kembung dalam poket seluar aku. dia ingat aku mencuri kot. lepas dia puas hati, dia lepas. nak pecah rasa jantung masa tu.

puas letih merayau panjat supermarket, kami balik rumah. sampai depan pintu abah aku dah tunggu. muka serius. pegang penyangkut baju. rotan tak jumpa agaknya. main pegang-pegang penyangkut baju yang tak sedap ni. macamana boleh kantoi pulak ni. tak payah tunggu malam, petang aku hari tu makan penyangkut baju.

esoknya, aku dengar suara-suara sumbang mengutuk aku kena dengan abah aku. hasil siasatan detektif lima sekawan enid blyton, akhirnya aku tau siapa yang report kat abah aku.

*
kenali kawan baik anda. cewahh..

metallica - my friend of misery